comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dicekup penguat kuasa ketika leka seleweng diesel 

Foto: NSTP

KUCHING: Ketika leka mengisi diesel untuk diseleweng di sebuah stesen minyak di sini, seorang lelaki ditahan oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata suspek berusia 28 tahun itu ditangkap pegawai penguat kuasa yang menjalankan Ops Tiris, hari ini.

“Hasil pemeriksaan menjumpai 900 liter diesel dianggarkan bernilai RM1,935, tangki plastik berkapasiti 1,000 liter, pam elektrik beserta hos di dalam sebuah van yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1), Akta KawalanBekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan.

Beliau berkata sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidakmelebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua, jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan.

Manakala, katanyajika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidakmelebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara, Matthew berkata dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2023, KPDN Sarawak telahmenghasilkan sebanyak 167 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan sebanyak RM10,069,143.27 dan nilai kompaunsebanyak RM 574,500.

Loading...
Terkini