comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua lelaki tempatan ditahan, 167 karton arak dirampas

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan menunjukkan minuman keras yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini. FOTO: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai di persimpangan Exit 311 menghala Iskandar Puteri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, dua suspek itu ditahan kira-kira jam 3.20 pagi selepas menahan dua kenderaan masing-masing dipandu dua suspek itu.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dibuat ke atas dua kenderaan berkenaan, sebanyak 167 karton minuman keras bernilai RM98,302 termasuk cukai ditemui dalam salah satu kenderaan itu.

“Kita menemui minuman keras itu di dalam Toyota Estima, manakala sebuah lagi Perodua Bezza disyaki membantu dengan menjaga laluan ketika perjalanan membawa arak berkenaan.

“Selain 167 karton minuman keras dirampas dan dua kenderaan disita, kita turut merampas dua telefon bimbit,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek berusia 35 dan 42 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mereka direman selama 12 hari sehingga 24 Jun depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini