comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ikat, pukul lelaki hingga maut, tempoh reman 5 suspek disambung 4 hari lagi

KAJANG: Lima lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes lelaki diikat dan dipukul sehingga maut di Taman Pelangi, Semenyih 2 pada 20 Februari lalu disambung reman empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lima lelaki berusia 22 hingga 52 tahun disambung reman sehingga 29 Februari ini bagi membantu siasatan.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan bahkan tangannya diikat dan dipukul hingga maut.

Kejadian tragis pada 20 Februari lalu itu berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Susulan itu, polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun di sekitar Kajang dan Semenyih beberapa jam selepas kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini