comscore
Tumpuan :
Jenayah

Jangan tertipu ‘arrest warrant’ diterima di media sosial

Contoh ‘arrest warrant’ palsu yang dikesan PDRM pada 20 Jun 2023.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan taktik penipuan ‘Arrest Warrant’ atau waran tangkap kononnya dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan diedarkan melalui media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata waran tangkap itu kononnya mengarahkan polis untuk menahan mangsa dalam tempoh 24 jam kerana melakukan kesalahan tertentu.

Siasatan pihaknya mendapati ‘arrest warrant’ itu kebiasaannya dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

“Pesalah yang ditahan juga kononnya tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sindiket berkenaan turut mengugut akan membeku dan menyita aset malah mangsa juga tidak dibenarkan ke luar negara.

Katanya, PDRM tidak pernah sama sekali menerima waran tangkap atau apa-apa arahan seperti itu daripada mana-mana pihak.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai diingatkan tidak menuruti sebarang arahan diterima melalui ‘arrest warrant’ berkenaan.

Jika wujud sebarang keraguan, buat semakan dengan agensi berkaitan atau balai polis berhampiran atau hubungi CCID Infoline di talian 0132111222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini