comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesara, ahli perniagaan paling ramai jadi mangsa skim penipuan pelaburan CCF Trade, EXGCOO 2023 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat 41 laporan berkaitan skim penipuan pelaburan berasaskan transaksi jual beli saham dikenali ‘CCF Trade’ dan ‘EXGCOO 2023’.

Ia membabitkan kerugian RM8.05 juta, setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata selain dua laporan diterima di Sarawak membabitkan kerugian RM390,000, baru-baru ini, sindiket itu turut licik menipu mangsa di seluruh negara.

Siasatan mendapati sindiket terbabit menawarkan pelaburan dengan pulangan tinggi melalui media sosial.

“Sindiket menawarkan pelaburan berasaskan transaksi jual beli saham di Malaysia serta pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan Hong Kong.

“Pelabur yang berminat diminta untuk memuat turun aplikasi bagi melihat akaun mereka menjana keuntungan namun ianya tidak dapat dikeluarkan.

“Setakat ini, sebanyak 41 kes sedang disiasat membabitkan nilai kerugian RM8.05 juta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ramli berkata, siasatan mendapati kebanyakan mangsa berusia antara 29 hingga 79 tahun, terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, bagaimanapun kebanyakannya adalah pesara serta ahli perniagaan.

Beliau menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa skim penipuan ini untuk segera tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini