comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kediaman usahawan wanita dipecah masuk, kerugian lebih RM3.5 juta

PETALING JAYA: Kediaman seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh di ibu negara dipecah masuk, mengakibatkan kerugian lebih RM3.5 juta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata peti besi yang mengandungi jongkong emas, beberapa beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan wang tunai lebih RM3 juta dilarikan.

Foto hiasan

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Wangsa Maju menerima laporan polis dibuat mangsa awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Padang Balang, Sentul, ibu negara.

Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni.

Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi untuk membantu siasatan.

Siasatan polis di tempat kejadian mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa dirosakkan penjenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan untuk menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini