comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes curi cip kasino RM4.6 juta, 10 ditahan

Foto hiasan

PETALING JAYA: 10 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Pahang pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata semua individu terbabit ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kemungkinan akan ada lagi serbuan dilakukan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada pihak keselamatan kasino berkaitan kecurian cip bernilai lebih RM4.6 juta pada 6.30 petang, 28 Oktober lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini