comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes curi motosikal: 5 warga asing antara 6 diberkas

KLUANG: Polis menahan 6 lelaki termasuk 5 warga asing dalam satu serbuan di rumah pekerja di ladang Pineapple kerana disyaki terbabit mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah, ACP Bahrain Md Nor berkata, turut ditemui semula tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini dan dua buah motosikal yang telah diubahsuai nombor enjin.

Katanya, siasatan awal mendapati 5 suspek berumur 28 hingga 38 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun seorang lelaki tempatan yang turut ditahan dalam operasi itu mempunyai satu rekod jenayah dan 4 rekod membabitkan kes dadah.

“Hasil ujian air kencing juga didapati positif dadah” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah 1952.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau ibu pejabat polis daerah Kluang di talian 07-7784256 atau 07-7784222 atau Hotline 07-7766822.

Loading...
Terkini