comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Dah nama scammer, kuih bulan pun nak ditipu’

Foto hiasan

KOTA SAMARAHAN: Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian RM35,000 apabila hanya menerima 807 daripada 969 set kuih bulan yang ditempahnya daripada seorang individu dikenali Mr Kong menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata mangsa yang juga pengusaha butik di sini memaklumkan membuat tempahan itu pada 9 Ogos lalu.

Katanya, mangsa turut berhubung melalui telefon dengan suspek yang menggunakan nombor 016 7282477.

“Mangsa membuat tempahan sebanyak 969 set kuih bulan dan memasukkan wang tunai ke akaun RHB Bank milik suspek sebanyak RM79,860.60.

“Sehingga sekarang, mangsa hanya menerima sebanyak 807 set kuih bulan yang bernilai RM44,860.60 manakala bakinya belum diterimanya adalah dianggarkan bernilai RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong pada jam 1.31 petang, 19 September lalu.

Brodie menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status penjual sekiranya mahu membuat urus niaga dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, e-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi Check Scammers CCID di laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Loading...
Terkini