comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes dera budak 7 tahun: Bapa, teman wanita dituduh esok 

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki bersama teman wanitanya yang ditahan bagi siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun Jumaat lalu akan dihadapkan ke mahkamah di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tempoh reman lelaki berusia 37 tahun dan teman wanitanya berusia 39 tahun berakhir hari ini.

“Mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasangan kekasih itu ditahan polis susulan laporan yang diterima pada jam 4.13 petang pada Jumaat lalu.

Pengadu yang juga seorang wanita memaklumkan menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Tempoh tahanan reman mulai 13 Oktober hingga 18 Oktober dilanjut hingga hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan tinggal bersama bapa kandung serta teman wanita bapanya.

Terdapat kesan dipukul terhadap tubuh badan mangsa, juga kesan pukul yang lama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini