comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes Ebit Lew: Kertas siasatan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kedua-dua kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, Ebit Lew juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Susulan itu, polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Rakaman percakapan itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini