comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes pecah rumah : Reman bekas pemain bola sepak, dua rakan disambung 

 

Oleh : Zahir Senapiah

PONTIAN: Tempoh reman ke atas bekas pemain bola sepak bersama  rakannya yang berakhir hari ini, disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes pecah rumah.

Permohonan reman dikeluarkan Majistret Pontian, Nur Azzuin Abdul Moati.

Proses menyambung reman seorang lagi suspek dilakukan di Hospital Pontian kerana sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Siasatan terhadap ketiga-tiga suspek dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Foto fail suspek ditahan susulan kejadian pecah rumah di Benut, Pontian Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruzaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Sebelum ini viral bekas pemain bola sepak Johor yang dilaporkan terlibat kes pecah rumah di Benut, Pontian ditahan polis.

Suspek berumur 33 tahun itu ditahan selepas cuba bertindak agresif.

Kejadian pecah rumah itu dilaporkan 3 Julai lalu yang menyebabkan mangsa  kerugian puluhan ribu ringgit.

Suspek pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.

Dia juga pernah bermain di Liga Thailand selama dua tahun dan bermain di Liga Jepun.

Kali terakhir dia beraksi bersama pasukan Liga Super pada 2018  sebelum menukar haluan dengan bermain bersama skuad Liga M3.

Loading...
Terkini