comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kontraktor projek kawalan hakisan pantai simpan diesel bernilai lebih RM100,000 tanpa kebenaran 

Foto NSTP/ Ihsan KPDN Terengganu

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA NERUS- 25,000 liter minyak diesel dan 2 buah skid tank dengan anggaran nilai keseluruhan RM111,750.00 dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah tapak projek kawalan hakisan pantai di Kampung Mengabang Kapal, Kuala Nerus, Terengganu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati pihak syarikat kontraktor tersebut gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak diesel di lokasi kejadian.

Seorang lelaki warga tempatan disyaki penyelia di tapak projek tersebut berumur 25 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua pihak yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini