comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] KPN akan adakan sidang media kes 2 anggota maut, 1 cedera di Balai Ulu Tiram

ULU TIRAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan mengadakan sidang media berkaitan kes dua anggota polis maut, seorang lagi cedera ditembak dan ditetak dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi tadi, dua anggota polis maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram.

Anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jenazah anggota yang maut turut dihantar ke hospital yang sama untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini