comscore
Tumpuan :
Jenayah

Larikan durian berharga RM2500

FOTO: PDRM

KLUANG: Pura-pura mahu mengambil duit dalam kenderaan, sebelum melarikan diri bersama buah durian bernilai kira-kira RM2,500.

Itu taktik seorang lelaki berusia 40-an yang memperdayakan seorang pembantu gerai jualan durian berdekatan bulatan MARDI Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, bagaimanapun, kegembiraan suspek tidak lama apabila dia berjaya ditangkap di tepi jalan Taman Desa Baiduri, Kulai, 12.30 tengah malam tadi.

“Suspek menghampiri pengadu menyatakan mahu beli buah durian secara borong lalu pengadu telah menghubungi majikannya dan bersetuju.

FOTO: PDRM

“Suspek bersetuju dengan bayaran yang dikenakan berjumlah RM2,500 dan suspek membantu pengadu mengangkat semua buah durian ke dalam kenderaan milik suspek.

“Setelah selesai dia terus masuk ke dalam kereta dan terus pergi meninggalkan pengadu tanpa membuat sebarang bayaran kepada pengadu menuju ke arah Simpang Renggam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan empat rekod jenayah dan enam rekod salah guna dadah.

“Motif termasuk sama ada suspek mencuri buah durian untuk dijual semula itu masih dalam siasatan dan hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif.

“Polis merampas sebuah pacuan empat roda berwarna putih dan buah durian yang mempunyai anggaran berat lebih kurang 80 kilogram.

“Permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari sehingga 31 Mei ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini