comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki dera anak saudara hingga mati didakwa esok

Foto hiasan

PETALING JAYA: Lelaki yang disyaki mendera anak saudaranya sehingga mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, pada 24 Januari lalu bakal berdepan hukuman gantung sampai mati.

Bapa saudara berusia 20-an terbabit akan didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hanya lelaki itu akan didakwa manakala isterinya tidak didakwa bersama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera suami isteri yang juga ibu bapa saudaranya.

Mangsa yang berusia 18 bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam dan kecederaan beberapa organ dalaman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini