comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki dikehendaki polis ditahan ketika hadir lapor kes judi

KOTA BHARU: Tindakan seorang anggota RELA yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kegiatan perjudian membawa kepada penahan lelaki terbabit pada petang semalam.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa apabila pihak polis mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod lampau termasuk dikehendaki polis bagi kes ‘Love Scam’.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata suspek mempunyai dua rekod iaitu mengikut Seksyen

411 Kanun Keseksaan dan 379(A) Kanun Keseksaan serta satu kes dikehendaki polis berkait kes di Kuantan Pahang, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah

Komersil IPD Kota Bharu melakukan tangkapan terhadap suspek berdasarkan rekod berkenaan.

“Suspek adalah orang yang amat dikehendaki berkait kes ‘Love Scam’ di Facebook pada 2018 yang membabitkan kerugian berjumlah RM16,650.00.

“Justeru, tangkapan orang yang dikehendaki ini akan diserahkan ke Bahagian Siasatan

Jenayah Komersil IPD Kuantan, Pahang untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini