comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki dipercayai bunuh ibu direman tiga hari

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Polis menahan reman seorang lelaki kerana dipercayai membunuh ibunya di sebuah rumah di sebuah rumah di Taman Mujur Ipoh, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan reman dibuat selepas laporan bedah siasat terhadap mangsa pada hari ini mengesahkan kematian akibat kecederaan dipukul objek tumpul pada bahagian kepala dan tengkuk.

Polis katanya telah mengenalpasti suspek berusia 36 tahun pada hari sama kejadian, dan telah melakukan penangkapan.

“Siasatan pada awalnya dijalan sebagai kematian mengejut dan telah diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.”

“Semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati dia mempunyai 11 rekod pelbagai kes jenayah, serta lapan kes dadah,” katanya.

Terdahulu pada Selasa, polis Ipoh telah menerima makluman daripada orang awam yang telah menjumpai mangsa wanita berumur 60 tahun dalam keadaan tertiarap dan muka berlumuran darah didalam sebuah rumah.

Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tiada kecederaan luaran lain.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Permaisuri Bainun untuk dijalankan bedah siasat.

Justeru, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini