comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki maut ditikam dengan kaca selepas gaduh dengan rakan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut ditikam dengan kaca dalam kejadian pertengkaran di belakang sebuah restoran di Jalan Peel di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Norhisham Mustapar berkata, polis menerima laporan kejadian pada 3.20 pagi.

Menurutnya, pertengkaran membabitkan mangsa dan rakan lelaki masing-masing berusia antara 21 hingga 28 tahun.

“Dalam pertengkaran itu, suspek dipercayai mengambil serpihan kaca lampu dan menikam leher mangsa menyebabkan mengalami kecederaan parah.

“Suspek membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia dan suspek kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan dan berjaya menahan kedua-dua suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 2.30 petang hari sama.

Norhisham berkata, suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 7 Februari untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksa

Loading...
Terkini