comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Dua ditahan, syabu 18kg dirampas

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Taktik licik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah inap desa di Sungai Jagung, Sungai Petani, di sini sebagai transit untuk membawa 18.6 kilogram dadah jenis syabu, terbongkar dengan penahanan dua lelaki pada Rabu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12 malam, di rumah berkenaan ketika mereka sedang mengeluarkan sebuah kotak daripada bonet kenderaan jenis Honda City.

“Hasil pemeriksaan di dalam kotak tersebut menjumpai (18) bungkusan plastik berwarna hijau bertulisan ‘refined chinese tea’ berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 18.6 kg. Turut dirampas ialah kenderaan yang dinaiki saspek iaitu sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah kereta jenis Produa Bezza.

FOTO: NSTP

“Dadah ini dipercayai untuk pasaran di negeri Kedah. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM671,220. Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM 500,” katanya.

Rampasan dadah berkenaan katanya boleh dibekalkan untuk kegunaan 30,000 hingga 40,000 penagih.

Kedua-dua suspek juga positif dadah methaphetamine.

Mereka kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengesan jika ada saki baki yang terbabit dalam kegiatan itu

Loading...
Terkini