comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki pukul pemandu lori sampah, dicekup

SUNGAI BESAR: Polis menahan lelaki yang dipercayai bertindak memukul seorang pemandu lori sampah di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, di sini, kelmarin.

Penahanan suspek warga tempatan berusia lewat 50-an itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sebuah rumah di kawasan Pandan Perdana, Kuala Lumpur, jam 2 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis turut merampas kayu yang digunakan semasa kejadian bersama pengunci stereng dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenid Lexus.

“Semakan rekod mendapati suspek memiliki empat rekod lampu jenayah melibatkan kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.

“Saringan ujian awal kencing turut dijalankan dan suspek didapati negatif dadah,” katanya.

Agus Salim berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/ 506 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek sudah dijalankan di hadapan Majistret Mahkamah Kuala Selangor.

“Beliau (Majistret) membenarkan reman selama tiga hari ke atas lelaki terbabit.

“Melalui siasatan terperinci yang dijalankan dan berdasarkan keterangan-keterangan yang diperolehi mendapati saspek positif terlibat dengan kejadian yang tular,” katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 37 tahun dipukul dan diugut selepas membunyikan hon kerana kenderaan suspek menghalang laluan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa yang memandu lori untuk mengutip sampah di kawasan Panchang Bedena.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini