comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lima lelaki warga Filipina ditahan, tangkap ikan guna bahan letupan

Foto Ihsan APMM

KOTA KINABALU: Tindakan lima lelaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan menerima padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Mangalum, di sini, kelmarin.

Kelima-lima suspek disyaki warga Filipina ditahan bot peronda APMM Kota Kinabalu, dalam operasi kira-kira jam 11.50 pagi.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, kelima-suspek suspek yang ditahan bertindak sebagai juragan dan empat kru.

“Hasil pemeriksaan mendapati kelima-lima suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Seterusnya mereka melakukan kesalahan memiliki hasil tangkapan yang disyaki menggunakan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, berikutan juragan gagal mengemukakan lesen bot yang dibenarkan, bot pam dikompaun mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Peraturan-Peraturan dan Dermaga 2008.

“Kes turut disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/6,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini