comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mayat terbakar disahkan warga tempatan – Polis

SEPANG: Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki terbakar yang ditemui di kawasan semak dekat lombong D’Island, Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata melalui bedah siasat yang dijalankan, mayat disahkan warga tempatan.

“Namun, kita (polis) perlu tunggu keputusan laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian jika terdapat kesan jenayah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Media semalam melaporkan, mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan dalam kawasan semak dengan separuh badannya terbakar dan tangan berikat dawai.

Polis menerima laporan penemuan mayat itu daripada orang awam pada jam 8.01 pagi.

Lokasi penemuan berhampiran Sungai Rasau dan kira-kira 10 meter dari Jalan Puchong-Cyberjaya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini