comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir kilat: Laluan utama sesak di Lembah Klang

KUALA LUMPUR : Banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi menyebabkan kesesakan teruk di beberapa laluan utama sekitar Shah Alam, Puchong, Klang dan Subang.

Antara kawasan yang sesak ialah susur keluar Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berhampiran Bukit Raja, Klang, Seksyen 7, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Puchong, Padang Jawa, Jalan Bukit Kuda, Klang.

Keadaan sama turut dilapor di Persiaran Kayangan, Seksyen 9 (hadapan Hotel Concorde) dan Persiaran Sukan, Seksyen 13 (hadapan Franchise Ramli Burger).

Gambar tular di media sosial.

Air turut naik di Persimpangan Puspakom, Seksyen 16, Persiaran Masjid (Bersebelahan Kolam Takungan Seksyen 5) dan Jalan Kapar, Seksyen 27.

Beberapa kenderaan pula dilapor terjejas akibat meredah banjir.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai mengelak menggunakan laluan berkenaan dan dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif,” menurut MBSA di Facebook.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, boleh hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510 5811.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini