comscore
Tumpuan :
Jenayah

Motif 2 lelaki ceroboh Istana Negara bersama parang masih disiasat

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat motif dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini semalam, yang mana sebilah parang ditemui dalam kereta mereka naiki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek bertindak sedemikian.

Media semalam melaporkan polis menahan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini dan merampas sebilah parang.

Datuk Rusdi berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota polis bertugas menahan sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini