comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pasangan warga emas maut ditikam anak kandung

 

KUALA LUMPUR: Suami isteri maut dipercayai ditikam anak lelaki mereka dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, malam ini.

Mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

“Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah.

“Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

“Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini