comscore
Tumpuan :
Jenayah

PDRM, SPRM kongsi maklumat, siasat pembabitan ahli politik dalam judi online

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi maklumat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat pendedahan pembabitan pemimpin politik dengan aktiviti judi dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata perkongsian itu bertujuan untuk menentusahkan pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, selain menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tentang pembabitan pemimpin politik dalam aktiviti judi dalam talian dan PDRM sendiri telah menerima maklumat mengenainya.

PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

“Selain itu setiap langkah dan tindakan diambil oleh PDRM adalah berteraskan undang-undang,” katanya kepada media sebentar tadi.

Loading...
Terkini