comscore
Tumpuan :
Nasional

1,540 kes kemalangan dan 18 jumlah kematian dicatat pada 21 April

KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,540 kes di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah itu menurun sebanyak 325 kes berbanding 1,856 kes yang dicatatkan kelmarin.

Berdasarkan laporan itu, jumlah kematian pula adalah kekal sebanyak 18 kes iaitu sama seperti direkodkan kelmarin.

Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara ‘real time’ setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan COVID-19 sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini