comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pecah masuk kediaman pempengaruh wanita: Seorang lelaki dan 3 wanita ditahan 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan tiga wanita yang terbabit dalam kes pecah rumah ahli perniagaan dan pempengaruh wanita menyebabkan kerugian RM3.5 juta di Padang Balang, Sentul, ditahan polis, hari ini.

Menurut sumber, mereka ditahan selepas dipercayai cuba menjual jongkong emas yang dilarikan daripada rumah ahli perniagaan terbabit.

“Suspek utama adalah lelaki terbabit yang memecah masuk rumah terbabit berseorangan dan kini mereka ditahan di Balai Polis Rawang untuk siasatan lanjut.

“Mereka juga ditahan kerana terbabit dengan kes lain di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan suspek ditahan hari ini.

Katanya, mereka masih ditahan polis Gombak kerana terbabit dengan kes lain di Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini