comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pelukis tatu disyaki liwat pelanggan direman 4 hari

 

PETALING JAYA: Pelukis tatu yang disyaki meliwat seorang pelanggannya di sebuah premis di sini, direman empat hari selepas ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan malam semalam.

“Suspek ditahan semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini