comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pengawal keselamatan cedera diserang tiga lelaki bersenjatakan parang, kerambit

Pengawal keselamatan cedera di rusuk kiri akibat diserang dengan parang dan kerambit di sebuah sekolah rendah. – FOTO: Ihsan Pembaca

KOTA BHARU: Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit, menyerang seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, menyebabkan mangsa cedera.

Ketika kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa berusia 47 tahun yang sedang berada di pos pengawal  didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan berkata sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.

“Mangsa cedera pada rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

“Usaha mengesan dan menahan suspek yang terbabit sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini