comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pengedar dadah ditahan bersama 2,000 pil kuda

Pil kuda dirampas dalam serbuan di Kampung Batu Hampar, Tok Uban di Pasir. – FOTO: ihsan Polis

PASIR MAS: Seorang lelaki ditahan bersama 2,000 pil kuda bernilai RM200,000 dalam serbuan di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata suspek, 24, yang disyaki pengedar dadah itu ditahan dalam serbuan jam 12.45 malam tadi, susulan risikan dilakukan pihaknya.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemukan satu plastik hitam mengandungi semua pil kuda terbabit dalam milikan suspek.

“Suspek kemudian ditahan dan barangan dirampas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan kini direman tujuh hari sehingga 25 Mei untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini