comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup hari ini

ICQS Rantau Panjang ditutup susulan terputus laluan akibat banjir. – Foto NSTP

KOTA BHARU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, ditutup hari ini, selepas laluan ke Rantau Panjang terputus akibat banjir yang semakin teruk.

Jurucakap Jabatan Imigresen  (JIM) Kelantan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Kita mengambil maklum arahan daripada pihak polis yang memaklumkan laluan ke Rantau Panjang di Kalbok 5 ditutup oleh semua kenderaan.

“Justeru, operasi di ICQS di Rantau Panjang ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga laluan dibuka semula,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan kakitangan yang bertugas di ICQS tidak dapat melepasi memandangkan laluan di Kalbok 5, di Pasir Mas-Rantau Panjang.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan atas faktor keselamatan, semua pengguna dinasihat tidak melalui kawasan Kalbok 5 bermula malam tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini