comscore
Tumpuan :
Jenayah

“Permit kerja tempat A tapi kerja tempat B”

BINTULU: Akibat gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan kebenaran membawa muatan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tujuh kru bot tunda dan tongkang warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu.

Penahanan bot tunda dan Tongkang yang sedang bertambat itu dilakukan pada jarak 4.6 batu nautika dari Sungai Kemena, Bintulu, Sarawak sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan ke atas bot tunda serta tongkang yang membawa muatan kayu balak itu mendapati ia tidak mendapat sebarang kebenaran daripada JKDM untuk mengangkut muatan terbabit.

https://youtu.be/-dmbh7CRulY

Pemeriksaan ke atas tujuh kru bot tunda warga Indonesia berusia 18 hingga 48 tahun pula mendapati, dokumen dan permit kerja mereka berdaftar atas vesel berlainan daripada bot tunda yang dikendalikan oleh mereka.

Kesemua kru ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1963.

 

Loading...
Terkini