comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Perolehan bekal fleet: Lebih ramai individu penting syarikat akan dipanggil bantu siasatan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Lebih ramai individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai
RM4.5 bilion membabitkan seorang Tan Sri.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki yang dihubungi Buletin TV3 berkata, mereka termasuk pengarah serta pemegang saham syarikat.

Menurut beliau, ahli perniagaan terbabit akan dipanggil untuk rakaman percakapan selepas proses penelitian dokumen selesai dilakukan.

“Yang itu saya leave it to my officer tu sebab kita kalau nak panggil dia tu mesti kita apa ni cukup dengan keterangan dahulu baru kita panggil dia. Ia ambil masa jadi kita akan panggil dia tapi tak lah begitu lama jadi saya bagi masa kepada pengawai saya dalam dua minggu lah.Kita akan panggil banyak individu lain yang boleh membantu siasatan lah”, katanya.

Mengulas sama ada pihaknya akan menyita aset atau membekukan akaun syarikat berkenaan, Tan Sri Azam berkata, ia bergantung kepada keterangan dan perincian dokumen yang dilakukan pegawai penyiasatnya.

Sekiranya wujud elemen rasuah, tindakan sita dan beku akaun akan diambil.

Tegas beliau, siasatan menjurus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa berhubung perolehan kontrak dan bagaimana kontrak yang sepatutnya diberikan kepada syarikat lain dibatalkan.

SPRM baru-baru ini menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan di ibu negara serta empat syarikat yang melaksanakan pelaburan membabitkan kewangan milik Tan Sri terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini