comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis buru pelaku pasang kamera tersembunyi di bilik persalinan

PETALING JAYA: Polis telah menerima satu laporan susulan tular rakaman video tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya mengesan rakaman itu tular di akaun seorang pemilik Twitter kira-kira jam 9 pagi tadi.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi katanya menerima laporan polis berkaitan kejadian itu pada jam 4.38 petang Isnin lalu.

Laporan dibuat oleh Pengurus Keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi namun siasatan mendapati rakaman bukan dilakukan di premis pengadu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Loading...
Terkini