comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis cari suspek utama kes buang bayi di Taman Daya

 

JOHOR BAHRU: Polis sedang mencari suspek utama kes bayi di buang di tangga tingkat 9, sebuah kondominium di Taman Daya, dekat sini, 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata, bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui salah seorang penghuni kondominium berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, bayi yang cukup sifat itu telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) hingga 19 Mac lalu sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) untuk penjagaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mengetahui suspek kes itu tampil membantu” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 317, kanun kesiksaan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai boleh menghubungi hotline IPD JBS ditalian 07-2182323 atau  pegawai penyiasat Nur Adila Zainuddin ditalian 019-4039257.

Pada 11 Mac lalu seorang penghuni kondominium menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tangga, tingkat 9, sebuah kondominium di taman daya.

Bayi comel berkenaan ditinggalkan beralaskan sehelai tuala tanpa baju.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini