comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi perempuan ditemui di tangga kondominum Taman Daya

JOHOR BAHRU : Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di tangga, tingkat 9, sebuah kondominium di Taman Daya, dekat sini.

Bayi tanpa pakaian yang beralaskan sehelai tuala ditemui penghuni kondo berkenaan pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun ia baru dimuat naik melalui media sosial seorang pengguna kondominum berkenaan semalam.

Bayi berkenaan kemudian diserahkan kepada pegawai kementerian kesihatan  negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pada 11 Mac lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini