comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis Kedah tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas lebih 16kg ganja

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah menumpaskan satu sindiket yang aktif menjalankan pengedaran dadah di sekitar daerah Kota Setar dengan penahanan empat individu, termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata penahanan pertama melibatkan dua lelaki tempatan di Simpang Kuala sekitar jam 1.30 pagi, 4 Januari lalu hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibupejabat Polis Kontijen (IPK).

Serbuan dilakukan ketika kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Aruz, di Jalan Alor Mengkudu, dekat sini.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan 6 balutan plastik lutsinar, yang di dalamnya mengandungi dadah disyaki ganja seberat 6.21 kilogram (kg). Dadah itu diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang bahagian tengah.”

“Hasil soal siasat kemudiannya membawa kepada serbuan kedua yang melibatkan dua lagi suspek termasuk seorang wanita pada jam 4.10 pagi hari yang sama, juga di Jalan Alor Mengkudu,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan ketika menaiki sebuah kereta jenis BMW, dan menemukan 10 balutan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis ganja seberat lebih 10kg di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Tiga suspek lelaki didapati positif dadah jenis Methamphetamine, dan turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun itu direman sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan.

Nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai lebih RM50,000, manakala rampasan wang tunai berjumlah RM200.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952 bagi kes memiliki dadah, dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 bagi sitaan wang tunai.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini