comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis rampas dadah lebih RM6 juta

 

 

SERDANG: Seorang bekas pemandu e-hailing ditahan polis dalam serbuan di sebuah makmal haram dengan rampasan dadah bernilai lebih RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata serbuan dilakukan di kawasan kilang perindustrian kecil dan sederhana dekat Seri Kembangan, Selangor Jumaat lalu.

FOTO: NSTP

Beliau berkata demikian pada sidang media di Serdang, Selangor.

Katanya, pemprosesan 10 kilogram bahan membuat dadah atau serbuk dadah jenis MDMA itu boleh menghasilkan 50,000 biji dadah ektasi.

FOTO: NSTP

Dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.

Suspek yang berasal dari Subang, selangor memiliki satu kes kesalahan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ujian air kencing terhadapnya mendapati suspek negatif dadah.

FOTO: NSTP

Suspek ditahan reman tujuh hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini