comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok 

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan telah menerima laporan mengenai sepucuk surat amaran dan ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, 9 malam semalam.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau lagi, kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara ini.

Pihaknya juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP mendakwa menerima surat ugutan bunuh bersama dua butir peluru, yang diletakkan pada peti surat kediamannya semalam.

Beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Petaling dan menyerahkan bahan bukti tersebut untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini