comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan empat individu termasuk wanita, 2,170 pil yaba dirampas

JELI: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dan merampas 2,170 biji pil yaba, 98 biji pil Erimin 5, lima liter air ketum dan dua kenderaan dengan nilai keseluruhan RM64,660 menerusi operasi ‘Total Enforcement The War On Drugs’ di sebuah rumah di Kampung Lakota di sini, semalam.

Operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Jeli dengan bantuan Balai Polis Jeli pada jam 10 pagi menahan suspek berusia di antara 22 hingga 45 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah serta kenderaan dengan nilai keseluruhan RM64,660.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, sebelum itu, pihak polis mendapati empat individu itu berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah tidak bernombor.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam rumah menemukan 2,170 biji pil yaba, 98 biji pil Erimin 5, lima liter air ketum dan turut disita adalah dua kenderaan iaitu pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan Proton Satria dengan nilai keseluruhan RM64,660.

“Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita. Ujian saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(3) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Bagi kenderaan yang disita disiasat mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 A 340,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga sehingga 26 Jun ini.

Menurutnya, suspek pertama berusia 45 tahun mempunyai sembilan rekod dadah dan lapan rekod jenayah, suspek kedua berumur 22 tahun mempunyai enam rekod dadah dan satu rekod jenayah.

Manakala, suspek ketiga berumur 31 tahun adalah abang kepada suspek kedua berumur 31 tahun mempunyai sembilan rekod dadah dan dua rekod jenayah, serta suspek keempat yang juga wanita berusia 31 tahun mempunyai enam rekod dadah dan satu rekod jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini