comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis terima 2 laporan kes pelajar ditumbuk, ditendang

Foto Hiasan

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan menerima dua laporan di sini, kelmarin, berhubung kes beberapa pelajar didakwa menumbuk dan menendang seorang pelajar lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata dua laporan itu berkait pergaduhan membabitkan pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dua kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera.

Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan jenayah, termasuk dalam kalangan pelajar, meliputi kes mendatangkan cedera serta buli.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki ditumbuk dan ditendang beberapa pelajar lain dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Tanjung Aru, di sini.

Loading...
Terkini