comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Remaja cuba samun pemandu e-hailing akan didakwa esok

SUNGAI PETANI: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba menyamun pemandu kenderaan e-hailing, di tepi jalan Taman Keladi, Isnin lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, arahan pertuduhan terhadap remaja itu dikeluarkan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, remaja lelaki yang menaiki perkhidmatan e-hailing itu dikatakan cuba mengacu pisau di dada kiri pemandu berusia 65 tahun itu selepas tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Namun, remaja itu berjaya ditahan polis jam 10 malam susulan laporan dibuat warga emas itu pada jam 8 malam, hari kejadian.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga Nepal berusia 26 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Gurun, esok atas pertuduhan melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari penjagaan sah di Pekan Jeniang, Ahad lalu.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, Gurun namun gagal apabila dia ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis, jam 7.20 pagi.

Suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau ke arah leher kanak-kanak terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini