comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja lelaki tergamak mahu tikam pemandu e-hailing

Tangkap layar video remaja lelaki mengeluarkan pisau dan didakwa bertindak mahu menikam pemandu e-hailing dalam kejadian dipercayai di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki didakwa bertindak mahu menikam pemandu e-hailing menggunakan pisau dalam kejadian dipercayai di sebuah taman perumahan di Sungai Petani, Kedah semalam.

Berdasarkan maklumat dipaparkan pada kamera papan pemuka milik pemandu terbabit, insiden berkenaan berlaku pada sekitar pukul 6.20 petang semalam.

Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, suspek dipercayai berusia 13 tahun, berkopiah putih sedang duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang.

@

♬ –

Mangsa turut kedengaran membebel selepas suspek dikatakan memintanya untuk berhenti berulang kali di beberapa destinasi walaupun tidak berhasrat untuk turun.

“Saya pakai kereta cari duit, bukan ini macam. Saya bukan you punya bapak. Aiya lu ini olang, panas hati you bikin saya.

“Lu itu budak main-main ya. Saya cakap lu jangan main-main,” katanya kepada remaja berkopiah itu selepas diarahkan memandu mengikut tunjuk arah remaja tersebut.

Sebaik berhenti di lokasi yang diberitahu, pemandu tersebut mengeluarkan wang kertas daripada poket bajunya dan pada ketika itulah, remaja yang berada di kerusi belakang mengeluarkan pisau dan mahu menikam dadanya.

Mujur pemandu tersebut sempat memegang dan menggigit tangannya serta merampas pisau tersebut, manakala suspek terus keluar daripada kereta dan melarikan diri.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini