comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja diberi RM20 selepas dicabul lelaki tidak dikenali 

GOMBAK: Seorang remaja lelaki dicabul lelaki tidak dikenali selepas keluar membeli nasi lemak, di Batu Caves, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun disapa oleh suspek yang menaiki motosikal ketika dia sedang berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

Katanya suspek berusia 41 tahun itu kemudian mengajak mangsa menaiki motosikalnya dan membawa mangsa ke rumahnya, 700 meter dari kediaman remaja lelaki terbabit.

“Mangsa kemudian dicabul sebelum melarikan diri pulang ke rumahnya selepas suspek memberikan wang sebanyak RM20.

“Suspek kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibu dan bapanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata susulan kejadian itu keluarga mangsa kemudian membawanya membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, suspek telah ditangkap pada jam 1.50 pagi, kelmarin (Ahad), suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Loading...
Terkini