comscore
Tumpuan :
Jenayah

Samun dan rogol pelajar: Dua anggota polis digantung tugas 

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: Dua anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kes samun dan rogol pelajar kolej swasta digantung tugas sementara sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika memaklumkan kepada Bernama mengesahkan perkara itu hari ini.

“Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussein turut memberitahu, polis akan mengambil keterangan kesemua individu terlibat termasuk penyelia anggota polis berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu dipercayai membabitkan dua anggota polis yang masing-masing berpangkat Konstabel dan Lans Koperal.

Kedua-dua mereka yang berusia antara 20 hingga 30an itu dikatakan telah membawa dua pelajar berkenaan ke lokasi berasingan sebelum salah seorang daripada suspek bertindak merogol pelajar berkenaan.

Kedua-dua anggota terbabit direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini