comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Scammer’ sasar mangsa di China dan Amerika Syarikat tumpas, tujuh ditahan

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket yang terlibat dalam kegiatan penipuan pembelian barangan secara dalam talian hasil serbuan di dua unit kediaman di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata tujuh individu termasuk enam warga asing diberkas.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Dang Wangi melakukan serbuan di dua unit kediaman di Persiaran KLCC jam 4.20 petang semalam.

Hasil serbuan seorang lelaki tempatan, empat lelaki dan dua wanita warga asing berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan.
Polis turut merampas satu set komputer, 15 telefon bimbit, lima komputer riba, sebuah modem, sekeping kad akses dan satu rangkai anak kunci.

Hasil siasatan awal, sindiket itu didapati beroperasi hampir sebulan dan menyasarkan mangsa di China dan Amerika Syarikat.

Sindiket tersebut menggunakan aplikasi media sosial bagi mempromosikan kegiatan mereka dan memperdaya mangsa dengan menawarkan keuntungan pembelian melalui tiga pakej pilihan yang menjanjikan keuntungan 10 hingga 40 peratus.

Mangsa yang terpedaya diminta membuat transaksi bayaran menggunakan matawang kripto.

Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 120B/511 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini