comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Serangan seksual: Pendakwaan terhadap pemimpin sebuah parti politik ditangguhkan

 

KOTA TINGGI: Pendakwaan terhadap seorang pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik yang dijadualkan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pagi tadi, ditangguhkan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi berkata, suspek yang telah direman selama tiga hari berakhir hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Foto hiasan

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penangguhan pendakwaan berkenaan.

Difahamkan keputusan menangguh proses pendakwaan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut selepas menerima tiga laporan baharu membabitkan kes yang sama dari empat remaja berlainan menjadikan jumlah keseluruhan laporan polis yang dibuat terhadap suspek setakat ini adalah lima.

Sebelum itu polis menerima dua laporan daripada dua remaja.

Semua kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan haram tanpa kerelaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat .

Menurut salinan laporan polis yang tular di media sosial, suspek aktif dalam program kesukarelawanan dan NGO.

Dia dikatakan kerap membawa remaja terbabit menyertai aktiviti sukarelawan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini