comscore
Tumpuan :
Jenayah

Simpanan RM130,000 lesap angkara Phone Scam

Foto hiasan

KUANTAN: Terpedaya dengan sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai polis Bukit Aman, seorang pesara wanita kerugian RM129,800.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai polis yang memaklumkan bahawa mangsa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap, semalam.

Katanya, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat tiga transaksi kepada akaun tiga bank yang berbeza bagi tujuan siasatan.

“Selepas berbuat demikian, mangsa berasa curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang lagi ke akaun berlainan.

“Siasatan mendapati sumber kewangan mangsa yang berjumlah RM129,800 adalah daripada wang simpanan sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga diminta tidak mendedahkan maklumat berkaitan perbankan.

“Masyarakat juga dinasihat supaya kerap membuat semakan atas kemasukkan dan pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun,” katanya.

Loading...
Terkini